Ruang Pejabat Masjid BBU
Kelihatan 2 orang kakitangan masjid sedang mengadakan perbincangan. En. Yusri Othman (baju biru) dan Imam Hassan Majid Al-Hafiz sedang menyusun strategi mengimarahkan Ramadhan yang lalu.
Ruang pejabat ini mempunyai pelbagai kelengkapan moden seperti 3 biji komputer yang boleh mengakses internet menggunakan streamyx, telefon, fax, mesin photostat, mesin razor dan sebagainya. Semua ini adalah bagi kemudahan merencana dan merealitikan segala agenda dan perancangan yang disusun.
RUANG SOLAT UTAMA
Gambar ruang masjid ini diambil daripada pandangan pintu masuk utama. Antara keunikan masjid jamek ini ialah ia tidak mempunyai tiang pada ruang solat. Antara sebab utama ini bagi membolehkan pengaliran udara berjalan lancar selain sebab-sebab pengoptimaan sistem bunyi di dalam ruang dalam masjid.
Kapasiti masjid ini boleh memuatkan lebih kurang 5,400 orang jemaah pada satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment