Tuesday, November 14, 2006

Sejarah Masjid Jamek BBU


INILAH MASJID KEBANGGAAN NEGERI JOHOR!
Masjid Jamek Bandar Baru UDA mula dibina pada Julai 1994 dan siap pada Disember 1996. Ia mula digunakan pada Jumaat 3hb Januari 1997 bersamaan 23 Sya’ban 1417. Kos pembinaan RM 4.2 juta dibiayai oleh UDA Holding sebanyak RM 2 juta sementara RM 1.55 juta melalui dermawan dan usaha-usaha penduduk Bandar Baru UDA. Kerajaan Negeri dan Persekutuan menderma sebanyak RM 0.65 juta. Dengan keluasan 18,640 kaki persegi, Masjid ini boleh menampung seramai hampir 5,400 jemaah.

Memandangkan bahawa Menara tidak dibina dimasa pembinaan awal Masjid dan memahami bahawa Menara telah menjadi satu struktur yang melengkapi sesebuah Masjid maka idea untuk mendirikan Menara Masjid ini mula tercetus pada tahun 1998. Alhamdulillah dengan kecekalan dan kesungguhan ahli qariah buat masa ini sejumlah kewangan telah dapat dikumpul untuk memulakan binaannya. Walau bagaimanapun sumbangan seterusnya perlu digerakkan agar harga binaan yang dianggarkan berjumlah RM 450,000.00 dapat dikumpul. Sementara itu binaan peringkat awal akan diteruskan dan diharapkan dalam masa proses pembinaan ini akan terkumpul amaun yang dijangkakan Insya Allah.

1 comment:

Anonymous said...

Seni bina nya apa ya??😆😆😆